Tuesday, 13 November 2012

SEKAPUR SIREH SEUNTAI BAHASA



Assallammualaikum dan Selamat sejahtera rakan-rakan, murid-murid dan saudara-maraku sekalian..!!

Setelah hampir ke tarikh akhir penghantaran Tugasan ini kepada Pensyarah UPSI, saya masih lagi terkial-kial belajar. Sedikit-demi sedikit ilmu dalam membina Blog saya pelajari. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menunjuk ajar, tidak lupa kepada anak-anak dan suami yang  turut membantu dan memahami situasi saya. Mohon rakan-rakan UPSI sesi 2012/2013, rakan setugas,murid-murid dan semua kenalan menjadi ‘follower’ blog saya dan memberi sedikit komen.
Sungguhpun begitu, masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu di tambah baik. Semoga saya berkesempatan melakukannya sebelum tiba tarikh penilaiannya.

CONTOH KARANGAN




Contoh Karangan


Koleksi Komik Peribahasa







AMBILLAH PENGAJARAN...











SOALAN BM THN.3














Thursday, 8 November 2012

CUBA JAWAB TEKA TEKI INI


SOALAN TEKA TEKI


1.   Ia mempunyai kaki, tapi susah sangat nak berjalan.
Apa dia..?

2.   Bila jauh macam ambulan, tapi bila dekat macam doktor pula.
Agak-agak apa  tu..?

3.   Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang pemandunya  memandu daripada belakang?


4.   Kalau anda bijak, baju apa yang paling malas?


5.   Lagi ditengok, lagi tinggi jadinya, apakah itu …?


6.   Di luar bahaya, tapi..di dalam mewahnya, apakah bendanya tu..?


7.   Benda ini ada mata tapi tidak pandai melihat. Boleh berkata-kata tapi tiada bunyi.
Apa jawapannya?

8.   Ada seorang budak sedang berjalan-jalan. Naik bukit,turun bukit, naik bukit, turun bukit aje kerjanya. Cuba teka apa sebenarnya yang dicarinya?


9.   Sebut sekali, ia akan melihat. Tapi bila disebut dua kali, ia sedang menjaga keamanan.
Apakah jawapannya?

10.               Kalau kamu tengok dia, dia akan tengok balik. Kalau kamu angkat tangan kanan, dia angkat tangan kiri. Cuba teka apakah ia..?


----------------------------------------------------------------------------------